Satu masa dulu, waktu kami masih kecil, ini lah rutin harian yang bujang-bujang di kampung. Paling best, hampir setiap hari diorang datang di rumah kami untuk jamming.. Semua ini 'Band Boys' si Bapa yang masing-masing punya talent yang tersendiri. Kalau salah satu dari diorang tidak ada, terus rasa macam kurang sesuatu dan tidak best. Yang paling best lagi diorang ini kan, semua lucu-lucu, memang logop tapi lain daripada budak-budak yang sekarang ini. Kalau sehari diorang tidak datang di rumah rasa macam tidak ceria rumah kami..
Gambar di atas menunjukan suasana harian di rumah kami sewaktu kami masih kecil-kecil. Mereka ini semua "Band boys Bapa' merangkap 'Geng logop si mama'..hahaha.. Yang dalam gambar ini pun tidak semua ada..
Tapi sekarang, masing-masing diorang ini ada tanggungjawab sudah. So, kurang sudah diorang jamming. tambahan lagi Band kami itu pun sudah uzur..Tapi mau tau, band itu lah yang banyak berjasa,termasuk pemain-pemain dia juga. Berkhidmat sama orang-orang kampung, keluar kampung, sampailah keluar daerah.. pernah sampai di hujung telinga Sabah lagi (rujuk peta Sabah kalau tidak tau mana telinganya,kekeke). Semua pun order diorang untuk main dalam majlis-majlis. hehehe..
Haihh... rindu betul ni suasana yang dulu-dulu. kalau mahu di cerita balik, sampai tahun depan pun tidak siap taip. Banyak suka dan duka diorang hadapi. Sampai sekarang masih ada terbawa-bawa kenangan diorang dari masa dulu. Salah satunya nama "Ongkuyuh" masih kena guna sampai sekarang. kekeke.. diorang saja yang tau apa macam itu nama boleh tercipta.. hehe..
CHUPP !!
4 comments:
sy tau sepa yg ckp 'sumbung' tu . ahahhaa . c honong kn ? ahahhahahaa ..
Uik macam mana ko tau ni..?? hahaha..
Mengimbas kenangan betul kan, cuz. Sia ingat juga tu band bapa ko dulu-dulu. Tu drums bukan masih kena pakai kah tu?
Sis Gunaqz : ohoo.. uzur suda gia tu.. bole la juga tu budak2 p main2 tp x suda lengkap byk yg rosak.. huhuhu..
Post a Comment