Our Pets
Ini binatang-binatang yang ada kami pelihara dalam 'mini zoo' kami. Walaupun tersiksa mo jaga tapi ini yang buat rumah kami tidak pernah sunyi.. hehehe..
SELAMAT BERKENALAN
Ni dua ekor sangat-sangat kena jaga macam anak.. Mandi dengan syampu khas.. Tidur dalam pelukan.. Kalau kucing-kucing bising atau fighting, si Snoopy akan marah kucing yang bersalah dan dia ceramah dalam setengah jam atau lebih. walau di mana kucing tu lari, dia tetap kejar sambil memberi ceramah. Apa dia cakap kami pun tidak tahu.. Diorang saja yang faham. Si Puppy pula Slumber... kalau saya sedang makan, dia akan duduk diam-diam di depan saya, sambil buat muka kesian. Tapi saya tetap tiada belas kasihan. Sorry..

_________________________________________
Ini pula nama dia Salam.. Odu saya dari Tambunan (Nenek sebelah mama) ajar dia cara bersalam. cara dia ..
Odu : Salam... (sambil menghulurkan tangan)
Si Salam pun hulur lah tangan dia sama si Odu.. Maka jadi la nama dia Salam...
_________________________________________
Yang ini pula paling menyeksa... Jadi kami sekeluarga decided untuk mo jual ni kucing-kucing dengan harga Murah.. Beli satu percuma semua yang lain.. Siapa mau..Inbox me di FB..
____________________________________________
Dalam aquarium tu ada 4 ekor lagi ikan lain yang orang dusun panggil 'Ikan Rokot'.. malas saya lukis sebab memang tiap hari sombong dia mo tunjuk diri dia sama saya.
____________________________________________
Ooops .. Lupa... dan ayam sekali... Saya mahu lukis ayam tapi itu ayam kami suka ikut itu itik jalan sana-sini sampailah ayam dan itik di rumah kami tidak boleh di bezakan mana ayamnya dan mana itiknya.. Itu Ayam berlari macam itik, si itik pula berbunyi macam ayam.. So..hmmmhmm..
____________________________________________
Kesimpulannya : Kami ada 13 ekor kucing, 3 ekor anjing, 7 ekor ikan, 1 ekor kura-kura, ramai ekor itik (saya lupa berapa itik si mama tu kekeke) dan beberapa ekor ayam (pun saya tidak ingat berapa lagi ayam kami hahaha).. Siang malam pagi petang, adaaaaaaaaaaa saja bunyi bising. Tinggal mo pasang pokok-pokok lagi untuk bagi lengkap rumah kami jadi mini zoo.. hehehe..
p/s : sedang kumpul duit mo beli burung Tiung dan burung Nuri..
TaTaTiTiTuTu....
4 comments:
Byknya binatang kamu!
klu sia ada sana, sia mo minta sudah miao kamu. hehe. Wow, kreatif btl ko oh. sebiji macam rupa sebenar. he he. tia sabar sia mo tingu karya ko next.
ui , nyamuk d tmpat tu bunga yg ada baby kristal ko lupa suda ? itu pn piaraan tu ! ahahaa
Sis Gunaqz : ya..hmm byk betul.. kami pun tidak tau macam mana mau kasi kurang itu.. Si mama mintogod suda hari2. huhu
Deloren : Oh itu sudah saya bunuh (Shhuttt! Diam2 bah kalo itu, nanti kita kena saman!)
Sa rindu si Snoopy ;(((
Post a Comment