Wednesday, July 13, 2011

Dayang Puteri yang sombong dan Ego...

Cerita ini merupakan salah satu cerita dari mama saya waktu masih kecil.. Mama memang suka bercerita sebelum kami tidur..sampailah kami tertidur..


Ini cerita tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.. Ini cerita dari rekaan semata-mata, cuma saya tidak pasti di mana mama saya dapat idea cerita ini. Sama ada dia dengar dari orang lain atau reka sendiri saya pun tidak tahu. Yang penting saya mahu Share.. hehehe ...


Dayang Puteri yang Sombong  dan Ego


Menurut cerita mama saya ...


         Pada satu masa dahulu, ada seorang Puteri yang bernama 'Dayang Puteri'.. Si Dayang Puteri ini sangat terkenal dengan kesombongan dan keegoannya. Orang-orang sekeliling sering/hampir setiap hari  'mengumpat' si Dayang Puteri. Puteri juga sangat jijik dengan orang-orang sekeliling dan mengatakan bahawa mereka adalah kotor, bau busuk dan sangat hina. Sebelum ini, ramai jejaka atau putera sendiri cuba untuk mengurat si puteri, akan tetapi si puteri tidak berminat dan berkata 'lari kau dari pandangan dan udara keawasan ku kerna kau sangat mencemarinya!' 


Maka semua jejaka pun lari lah jauh-jauh dan ssampai sekarang tidak ada seorang pun yang berani mendekati kawasan si Dayang Puteri. Apa lagi mau mengurat!


Jadi, terdengar lah si hodoh yang tinggal di daerah terletak di hujung Nergeri tersebut mengenai cerita puteri sombong itu. Si hodoh ini bernama 'Unsongou'. Unsongou adalah seorang jejaka yang hodoh, kotor dan bonsong/bongos (yang bermaksud sengau dalam bahasa melayu). Tetapi Unsongou seorang yang rajin berkerja, kaya dengan tanaman buahan, sayuran seperti ubi kayu dan sayuran kampung. Itulah sumber kahidupan Unsongou setiap hari selain daripada banyak membantu orang kampung dan mendapat upah.


Unsongou tersenyum lebar sebaik sahaja terdengar cerita mengenai si puteri tersebut. Baginya, ini peluang dia untuk berkahwin dengan seorang puteri.


(macam tidak logik saja kan tiba-tiba dia rasa dia ada peluang berkahwin dengan puteri. Puteri yang sombong lagi tu. Orang hensem pun puteri tidak mau, apa lagi si Unsongou yang hodoh.)





Jadi si Unsongou pun terus menyebarkan khabar kepada orang-orang seluruh negeri bahawa dia akan berkahwin dengan si Puteri Dayang tidak lama lagi.


Penduduk di seluruh Negeri begitu terkejut mendengar khabar daripada si Unsongou.


Penduduk Negeri : Aaaahhh.. macam tipu lah ko ni Unsongou. Kami tidak percaya! lagipun ko tidak hensem. sikit pun tidak! macam mana si puteri suka sama ko ooo.. apa lagi sampai mau kawin. Tipu la ko!


Unsongou : hahahaha... Haik mhethul bhah! hoke khalau khamu hidak hercaya hunggu han hihat hah. (Berkata dengan sengau dan yakinnya)


Seluruh penduduk pun berbisik-bisik sambil geleng-geleng tanda tidak percaya. Tetapi mereka juga setia menantikan apa yang bakal berlaku. (tunggu dan lihat)


Pada esok harinya, si Unsongou pun bersiap sedia dan pergi ke rumah kediaman Dayang Puteri yang pintunya sentiasa tertutup rapat.


Unsongou : Hayang Huteri........ Huka hintu..... (nada yang tinggi tetapi lembut)


Dayang Puteri terkejut mendengar suara tersebut dan teriak dengan garangnya.


Dayang Puteri : WOOOOOI ! Siapa itu?! KURANG AJARRR! sudalah bonsong! Berani lagi datang sini! Lari kau jauh-jauh!


Unsongou : Aaaaah... hukan haya hidak hahu, Hayang Huteri hana handai huka hintu. Hatutlah hintu Hayang Huteri helalu hetutup. han? (dengan nada menyindir)


Dayang Puteri : KURANG AJAR PUNYA BONSONG! kau pikir saya macam ko ka rumah tiada pintu.. ko tengok sy buka pintu saya! 


*ngeeeettttt........*


Maka si Dayang Puteri dengan egonya membuka pintu kediamannya yang tinggi dan cantik.
Unsongou tersenyum lebar dengan gigi di hadapanya yang hitam.


Dayang Puteri : BAH! Jadi saya sudah buka pintu, ko nampak sudah kan. Apa lagi...PULANG LAH KO!


Unsongou : Hayang Huteri.... Haya hahu hasuk hi halam....


Dayang Puteri : WoOOOOiii ! YAAAAiiii ! YUCK! ko teda otak ka bonsong?! Jijik saya oh. Lari kau!


Unsongou : Haaaah.. han haya huda hagak! hesti halam humah ho hu hidak hantik..hidak hemas han hotor.. hula ho hakut haya hasuk..


Dayang Puteri : (Sial) Ko jangan macam-macam! bah masuk bah kalau berani. Ko tengok betapa bersihnya dalam rumah saya!


Unsongou pun masuk ke dalam rumah Dayang Puteri dengan bangganya. Dayang Puteri pula sentiasa dengan keegoannya.


Unsongou : Hayang Huteri... Haya Hapar.. Hasi hasak haya hakanan yang hedap.. 


Dayang Puteri : EWAH EWAH EWAH ! sioknya kau suruh saya masak untuk ko. PULANG KO MASAK SENDIRI !


Unsongou : Hmmmm.. hagi... hupanya huteri hidak handai hasak.. hasian.. haras hupa hantik hapi hidak handai hasak.. uhuuuuuu..


Dayang Puteri : Ko ah bonsong.. ko betul-betul tidak kenal saya.. ko tengok saya masak yang paling sedap tiada tandingannya!


Maka si puteri pun masak lah makanan yang sedap yang banyak seperti sayur campur masak sos tiram, Ikan basung masak sambal, Mangga campur belacan + cili padi dan banyak lagi untuk si unsongou. Setelah si puteri selesai masak, Puteri pun menghidangkan makanan tersebut kepada si unsongou.


Unsongou : Waaaaaaahhh... Hedapnyaaaa..... Hirts hime ho haya hakan hegini hedap hayang huteri.. Hayang Huteri hari hakan hama haya.. hita homantik-homantik.


Dayang Puteri : Hui.. ko punya busuk saja pun hilang suda selera saya mau makan. Busuk kau lebih kuat daripada bau sedap masakan saya.


Unsongou : aik... !@#$%^&.. hmmm hangan-hangan Hayang Huteri hi hidak holeh hakan.. ho hakan hapa Hayang Huteri..?? Hakan Haik Hanusia hali han?? hmmm heran haya ho hada huga Huteri hang hacam hu.. (sambil angguk2 kepala dan buat-buat muka bingung)


Dayang Puteri : WOi ! ko ingat saya puteri sebusuk itu kah.. Naaaahhh ko tengok saya makan nasi...


Maka makan lah si Dayang Puteri bersama si Unsongou. Unsongou dengan bangganya duduk makan semeja dengan puteri.


Sedang makan bersama......


Unsongou : Hayang Huteri hari hawin ????????????? .......... (PART YANG DITUNGGU-TUNGGU)


MAKA DENGAN TANGKASNYA SI DAYANG PUTERI BERDIRI DARIPADA KERUSINYA LALU TERUS BERKATA DENGAN TERKEJUT DAN MARAHNYA ...


Dayang Puteri : HOOOOi HO HILA HA???!!! HIAPA HAU HI HAMPAI HERANI HAWA HAYA HAWIN?! HILAKAK! HIAL! HODOH! HALUi! HARGGGHHH! (dengan nada gimbaran memanas!)


Akhirnya, Dayang Puteri terus berkahwin dengan Unsongou. Mereka hidup bahagia. Puteri tidak lagi sombong dan ego, malahan dia suka berkawan dengan penduduk negeri.


Cuma...........


Penduduk sukar untuk berkawan dengan Dayang Puteri kerana sukar berkomunikasi dengan puteri. Akibat daripada terkejut atas lamaran Unsongou semasa menjamu selera, Dayang Puteri tercekik makanan tahap kritikal. Tulang ikan tercucuk pada anak kerongkong. Unsongou bergegas membawanya ke hospital dan Doktor terpaksa memotong anak kerongkongnya menyebabkan dia menjadi sengau seperti Unsongou.


Tidak tahu lah si puteri ni kawin sama si unsongou sebab dia terhutang budi kena bawa pergi hospital atau sebab dia sudah ada persamaan sudah dengan si unsongou.. biasalah cerita orang tua-tua ni kadang-kadang tidak lengkap / tiada penhujung.


Tapi saya rasa mungin akhirnya si Dayang Puteri sedar betapa pentingnya si Unsongou dalam hidup dia selepas dia jadi sengau macam si Unsongou.huhuhuhu


(Palis-palis...)


Sekian lah sahaja cerita saya pada hari ini, Banyak lagi cerita yang akan datang.. semuanya daripada cerita dongeng dulu-dulu yang sumbernya tidak tahu dari mana mama saya dapat. Nanti saya share lagi banyak-banyak... 


TaTaTiTiTuTu....



2 comments:

Gunaqz said...

siok baca ini cerita, hehe. cerita lagi byk2. si anak-anak sama si ongkor2 kah.. hehe

Dayzee said...

Hehehe.. bah banyak lagi cerita ni.. nanti sy post lagi..