Wednesday, July 27, 2011

CARTOON 7 : Rambai Band Boys (Dulu-dulu)

Rindu betul dulu-dulu..
Satu masa dulu, waktu kami masih kecil, ini lah rutin harian yang bujang-bujang di kampung. Paling best, hampir setiap hari diorang datang di rumah kami untuk jamming.. Semua ini 'Band Boys' si Bapa yang masing-masing punya talent  yang tersendiri. Kalau salah satu dari diorang tidak ada, terus rasa macam kurang sesuatu dan tidak best. Yang paling best lagi diorang ini kan, semua lucu-lucu, memang logop tapi lain daripada budak-budak yang sekarang ini. Kalau sehari diorang tidak datang di rumah rasa macam tidak ceria rumah kami..
Gambar di atas menunjukan suasana harian di rumah kami sewaktu kami masih kecil-kecil. Mereka ini semua "Band boys Bapa' merangkap 'Geng logop si mama'..hahaha.. Yang dalam gambar ini pun tidak semua ada..

Diorang2 ini semua lah yang menceriakan hidup kami waktu kecil.. dan sampai sekarang, minat kami semua terus sama music, because of them. Diorang lah yang mendedahkan kami sama dunia music.

Tapi sekarang, masing-masing diorang ini ada tanggungjawab sudah. So, kurang sudah diorang jamming. tambahan lagi Band kami itu pun sudah uzur..Tapi mau tau, band itu lah yang banyak berjasa,termasuk pemain-pemain dia juga. Berkhidmat sama orang-orang kampung, keluar kampung, sampailah keluar daerah.. pernah sampai di hujung telinga Sabah lagi (rujuk peta Sabah kalau tidak tau mana telinganya,kekeke). Semua pun order diorang untuk main dalam majlis-majlis. hehehe..

Haihh... rindu betul ni suasana yang dulu-dulu. kalau mahu di cerita balik, sampai tahun depan pun tidak siap taip. Banyak suka dan duka diorang hadapi. Sampai sekarang masih ada terbawa-bawa kenangan diorang dari masa dulu. Salah satunya nama "Ongkuyuh" masih kena guna sampai sekarang. kekeke.. diorang saja yang tau apa macam itu nama boleh tercipta.. hehe..

CHUPP !!

CARTOON 6 : Me singing for mama

CARTOON 6 : Long time ago..Me singing..


Everytime i sing this song, i realize how tough my mama's life against the sorrows of life to defend us and her life..until now.. 

P/S : Mak..i Love you so much..

Sunday, July 24, 2011

CARTOON 5 : Ancient Aliens punya pasal!

           Selepas saya menonton Ancient Aliens di History Channel beberapa kali, kemudian membaca beberapa series buku tentang Ancient Aliens, maka saya pun 100% mempercayai bahawa 'Our earth was visited by Aliens at the begining of civilization and not God'.. err.. hampir percaya 100% bahawa 'Our earth was visited by Aliens at the begining of civilization and not God' (Gila ow tu sains punya teori dengan bukti-buktinya!) 

           Tapi nasib lah saya ini masih percaya dengan Tuhan dan memilih Aliens Tuhan sebagai juruselamat saya. Amen..





Baru Tau ! huhu..

CHUPP!!



 (Tapi siok juga mahu tahu tu teori2 saintis.. berdosa ka tu arr kalau ingin tahu..?? hmm...)

Friday, July 22, 2011

CARTOON 4 : Kes Momutung gata! (Menoreh getah)

Yanak-anak dan si Yongkor-ongkor ...

(Short story 1) enjoy.....





(Lukis tanpa guna 'mouse'.. dan dengan bangga dan semangatnya melukis guna 'satu jari' di laptop)

Chupp !! TaTaTiTiTuTu ..

CARTOON 3 : Our pets

Our Pets

Ini binatang-binatang yang ada kami pelihara dalam 'mini zoo' kami. Walaupun tersiksa mo jaga tapi ini yang buat rumah kami tidak pernah sunyi.. hehehe..

SELAMAT BERKENALAN


Ni dua ekor sangat-sangat kena jaga macam anak.. Mandi dengan syampu khas.. Tidur dalam pelukan.. Kalau kucing-kucing bising atau fighting, si Snoopy akan marah kucing yang bersalah dan dia ceramah dalam setengah jam atau lebih. walau di mana kucing tu lari, dia tetap kejar sambil memberi ceramah. Apa dia cakap kami pun tidak tahu.. Diorang saja yang faham. Si Puppy pula Slumber... kalau saya sedang makan, dia akan duduk diam-diam di depan saya, sambil buat muka kesian. Tapi saya tetap tiada belas kasihan. Sorry..

_________________________________________

Ini pula nama dia Salam.. Odu saya dari Tambunan (Nenek sebelah mama) ajar dia cara bersalam. cara dia ..

Odu : Salam... (sambil menghulurkan tangan)
Si Salam pun hulur lah tangan dia sama si Odu.. Maka jadi la nama dia Salam...

_________________________________________

Yang ini pula paling menyeksa... Jadi kami sekeluarga decided untuk mo jual ni kucing-kucing dengan harga Murah.. Beli satu percuma semua yang lain.. Siapa mau..Inbox me di FB..
____________________________________________

Dalam aquarium tu ada 4 ekor lagi ikan lain yang orang dusun panggil 'Ikan Rokot'.. malas saya lukis sebab memang tiap hari sombong dia mo tunjuk diri dia sama saya.

____________________________________________

Ooops .. Lupa... dan ayam sekali... Saya mahu lukis ayam tapi itu ayam kami suka ikut itu itik jalan sana-sini sampailah ayam dan itik di rumah kami tidak boleh di bezakan mana ayamnya dan mana itiknya.. Itu Ayam berlari macam itik, si itik pula berbunyi macam ayam.. So..hmmmhmm..
____________________________________________

Kesimpulannya : Kami ada 13 ekor kucing, 3 ekor anjing, 7 ekor ikan, 1 ekor kura-kura, ramai ekor itik (saya lupa berapa itik si mama tu kekeke) dan beberapa ekor ayam (pun saya tidak ingat berapa lagi ayam kami hahaha).. Siang malam pagi petang, adaaaaaaaaaaa saja bunyi bising. Tinggal mo pasang pokok-pokok lagi untuk bagi lengkap rumah kami jadi mini zoo.. hehehe..

p/s : sedang kumpul duit mo beli burung Tiung dan burung Nuri..
TaTaTiTiTuTu.... 

Thursday, July 21, 2011

CARTOON 2 : Kucing punya pasal !

Kucing punya pasal !

Kami ada 13 ekor kucing di rumah.. disebabkan satu ekor kucing saja yang bernama Cheentha!

____________________________________________________

Mama selalu bising bila nampak atau terhidu bau taik kucing.. 
________________________________________________________

Tapi apa kami buat ?? tiada yang kisah.. buat kerja masing2 macam biasa...
 ________________________________________________________

TAPI.......................

JEJENG...!!


Eh..! mana semua orang ni..?!! Ooops.. nasib saya sudah standby bersembunyi di bilik! (sudah agak punya)

Chupp!!

Tuesday, July 19, 2011

CARTOON 1 : Humor Baru kau Tau !

(lukis cartoon : style of www.gunaqz.com hehehehe..
'Baru kau tau!'



(p/s : Don't do this at home. Kalau mau cuba juga, tolong sediakan 1 ekor kerbau/kambing/ayam)

Thursday, July 14, 2011

SAYS.my

SAYS.my

Hello semua..
saya baru saja join ini SAYS.my .. Cousin Gunaqz saya (boleh ka pinjam nama sis??sambil promosi blog ko yang best..hehehe..) yang bagi penjelasan sama saya tentang SAYS.my ni melalui blog dia juga.. So dalam diam-diam, baru saya tahu yang Sister Devreny saya sudah pun CASH OUT RM100 hasil dari pendapatan dia dalam SAYS.my dan pergi shopping dengan bangganya. (Oooo itu rupanya pendapatan dia, patutlah mewah jak dia walaupun dia hari-hari cakap 'banyak betul bill mo bayar'..tapi dia tetap ada duit beli kasut, baju, beg dan lain-lain selain daripada sumber pendapatan dia daripada menyanyi.. hehehe jangan marah sis Dev)..


Sebenarnya lamaaaa sudah saya mo cari 'side income' tapi saya paling tidak suka tu bisnes internet yang mahu bayar.. Kenapa?? Sebab saya TIADA DUIT untuk bayar dan takut-takut kalau itu satu penipuan dan saya rugi. siapa lah yang mau rugi kan?

Okay lah berbalik kepada SAYS.my ... Oleh kerana saya dapat tahu untuk register SAYS.my ni tidak perlu bayaran modal, jadi saya sangat berminat untuk mencuba. Sebab kalau saya malas / tidak pandai / tidak aktif / apa saja yang menyebabkan bisnes ini tidak berjalan pun, at least "TADA KERUGIAN dan TIADA KEUNTUNGAN".. tapi kalau aktif dan banyak sambutan, saya yakin "TIADA RUGI dan ADA INCOME".. (Adeh naa.. semnagat betul saya ni kunun..)

Bah mari saya terangkan sama kamu apa ini SAYS.my
(p/s : Sila baca dengan teliti supaya kamu faham betul-batul. Jangan cuba JOIN kalau tidak faham nanti sendiri kamu bingung-bingung.. hehehe.. JANGAN dulu klik mana-mana LINK sebelum kamu habis baca penerangan saya.. huhahuha..)


SAYS.my ini ialah satu ejen pengiklanan dimana SAYS.my menerima tepahan IKLAN daripada pelbagai syarikat.. Jadi... Peranan SAYS.my ialah ...kasi iklan produk syarikat tadi tu.. CARANYA ialah SAYS.my suruh ahli berdaftar diorang yang mengiklankan itu iklan..(macam saya ni lah salah satu ahli berdaftar sebab saya sudah mendaftar..hehe) Tapi ingat! Diorang bukan suka hati menyuruh tau, suruhan berbayar ni. Yalah... macam kita kerja kan, mesti kena gaji maaaa.. Tertakluk kepada terma dan syarat la..

FREE !! seperti yang saya katakan dalam mesej inbox kamu di Facebook (kepada yang saya sempat share lah) PENDAFTARAN untuk menjadi ahli adalah PERCUMA! Walaupun sebelum atau selepas daftar TETAP FREE.... Ini bermakna, selepas mendaftar tinggal kita mengiklan dan dapat income..
(Atui..punya siok ni!)


Bah CARA MENDAFTAR : mudah sahaja...
1. Mesti ada FACEBOOK atau TWITTER (sebab dari laman ini la kita berbisnes..paham...?)
2. Masuk ke laman SAYS.my dan cari butang ini ...

PALING PENTING Baca betul-batul arahan arrr..! Dan kepada yang belum mendaftar jangan risau button ni akan terus mambawa kamu kepada bahagian pendaftaran. 

3. Kalau sudah daftar, dalam laman SAYS.my ada satu kotak KUNING sebelah kiri dan ada button bertulis "View mission" ..naahhh klik disana dan kamu baca apa arahan seterusnya.. VERY EASY untuk baca and fahami so saya tidak perlu terangkan itu. hehehe.. Dengan itu, bermula lah bisnes kamu dengan SAYS.my

CARA MENGIKLAN pula paling easy........oleh kerana banyak pilihan ikan untuk diiklankan so kamu pilih lah iklan yang kamu rasa-rasa diminati oleh kawan-kawan kamu SUPAY kawan kamu tu rajinnnnnn saja mo klik..

KENAPA PERLU KAWAN KLIK TU IKLAN KAMU ???
Sebab....itu lah sumber pendapatan kamu... kalo sekadar share iklan saja mana lah si SAYS.my mahu bagi GAJI sama kita..selepas kena klik tu iklan kita, baruuu lah si SAYS.my ini akan bagi kita GAJI.. hahahaha..

LAIN-LAIN CERITA :
Ini dia contoh pengiklanan itu nanti...

RM 3000 :
Peruntukan jumlah klik yang akan dibayar, bermaksud..bila sudah cukup 3k, Klik tidak diterima dan tidak dibayar lagi..

RM0.20 :
Jumlah yang akan dibayar bagi setia satu (1) klik!

Share this ! :
tekan butang untuk membawa kamu ke Link iklan dan cara-cara pengiklanan.
_____________________________________________________

Haaaaaa... yang ini kamu tau ka apa..????
Ini ialah.... kalu kamu dapat invite kawan-kawan untuk sertai SAYS.my ini maka kamu kena "UP" lagi income iaitu RM1.00 per FRIEND ... naaaaa... bukan kah siok begini.. 

Makin banyak kawan maka makin banyak lah peluang untuk dapat income yang lebih..

Dengan itu....saya pun sambil tolong kawan-kawan yang mo cari side income, sambil saya mo minta tolong juga ini... jadi... boleh ka saya minta tolong kamu , DAFTAR lah melalui link invitation saya ini??
PLeassseeeee.....
Kalau kamu Daftar melalui Link Invitation saya maka saya benarkan kamu curi saja POST saya ini untuk iklankan kepada kawan-kawan kamu.. biarpun tanpa kebenaran saya! hahahahaha..

Okaylah itu saja.. Bah mari kita saling kawan-kawan dan tolong-menolong antara satu sama lain.. Kekekekeke...

ok lah sampai disini saja ... TaTaTiTiTuTu...
This is part of my hobbies.. also part of the page of my diary..

Last night, my husband read my diary book.. when he saw this..i really hope that he gives me some motivation or idea ...

But what i've got is 'a big Laughter'.....
Is it wrong to planning something ???? hmh... Because of I'm not satisfied with him so i said to him ...
"So what? izit wrong to plan something? ok never mind.. soon, i will be rich..and in that moment, MY MONEY IS MY MONEY-YOUR MONEY IS OUR MONEY. so i will enjoy the MONEY alone and you will be the same as what you are today.."

"HAHAHAHAHAHAHAHA..."

And then i reply his laugh with my very big laugh !
                                                                                God, i think i choose 'Money rain' now...

Wednesday, July 13, 2011

Dayang Puteri yang sombong dan Ego...

Cerita ini merupakan salah satu cerita dari mama saya waktu masih kecil.. Mama memang suka bercerita sebelum kami tidur..sampailah kami tertidur..


Ini cerita tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.. Ini cerita dari rekaan semata-mata, cuma saya tidak pasti di mana mama saya dapat idea cerita ini. Sama ada dia dengar dari orang lain atau reka sendiri saya pun tidak tahu. Yang penting saya mahu Share.. hehehe ...


Dayang Puteri yang Sombong  dan Ego


Menurut cerita mama saya ...


         Pada satu masa dahulu, ada seorang Puteri yang bernama 'Dayang Puteri'.. Si Dayang Puteri ini sangat terkenal dengan kesombongan dan keegoannya. Orang-orang sekeliling sering/hampir setiap hari  'mengumpat' si Dayang Puteri. Puteri juga sangat jijik dengan orang-orang sekeliling dan mengatakan bahawa mereka adalah kotor, bau busuk dan sangat hina. Sebelum ini, ramai jejaka atau putera sendiri cuba untuk mengurat si puteri, akan tetapi si puteri tidak berminat dan berkata 'lari kau dari pandangan dan udara keawasan ku kerna kau sangat mencemarinya!' 


Maka semua jejaka pun lari lah jauh-jauh dan ssampai sekarang tidak ada seorang pun yang berani mendekati kawasan si Dayang Puteri. Apa lagi mau mengurat!


Jadi, terdengar lah si hodoh yang tinggal di daerah terletak di hujung Nergeri tersebut mengenai cerita puteri sombong itu. Si hodoh ini bernama 'Unsongou'. Unsongou adalah seorang jejaka yang hodoh, kotor dan bonsong/bongos (yang bermaksud sengau dalam bahasa melayu). Tetapi Unsongou seorang yang rajin berkerja, kaya dengan tanaman buahan, sayuran seperti ubi kayu dan sayuran kampung. Itulah sumber kahidupan Unsongou setiap hari selain daripada banyak membantu orang kampung dan mendapat upah.


Unsongou tersenyum lebar sebaik sahaja terdengar cerita mengenai si puteri tersebut. Baginya, ini peluang dia untuk berkahwin dengan seorang puteri.


(macam tidak logik saja kan tiba-tiba dia rasa dia ada peluang berkahwin dengan puteri. Puteri yang sombong lagi tu. Orang hensem pun puteri tidak mau, apa lagi si Unsongou yang hodoh.)





Jadi si Unsongou pun terus menyebarkan khabar kepada orang-orang seluruh negeri bahawa dia akan berkahwin dengan si Puteri Dayang tidak lama lagi.


Penduduk di seluruh Negeri begitu terkejut mendengar khabar daripada si Unsongou.


Penduduk Negeri : Aaaahhh.. macam tipu lah ko ni Unsongou. Kami tidak percaya! lagipun ko tidak hensem. sikit pun tidak! macam mana si puteri suka sama ko ooo.. apa lagi sampai mau kawin. Tipu la ko!


Unsongou : hahahaha... Haik mhethul bhah! hoke khalau khamu hidak hercaya hunggu han hihat hah. (Berkata dengan sengau dan yakinnya)


Seluruh penduduk pun berbisik-bisik sambil geleng-geleng tanda tidak percaya. Tetapi mereka juga setia menantikan apa yang bakal berlaku. (tunggu dan lihat)


Pada esok harinya, si Unsongou pun bersiap sedia dan pergi ke rumah kediaman Dayang Puteri yang pintunya sentiasa tertutup rapat.


Unsongou : Hayang Huteri........ Huka hintu..... (nada yang tinggi tetapi lembut)


Dayang Puteri terkejut mendengar suara tersebut dan teriak dengan garangnya.


Dayang Puteri : WOOOOOI ! Siapa itu?! KURANG AJARRR! sudalah bonsong! Berani lagi datang sini! Lari kau jauh-jauh!


Unsongou : Aaaaah... hukan haya hidak hahu, Hayang Huteri hana handai huka hintu. Hatutlah hintu Hayang Huteri helalu hetutup. han? (dengan nada menyindir)


Dayang Puteri : KURANG AJAR PUNYA BONSONG! kau pikir saya macam ko ka rumah tiada pintu.. ko tengok sy buka pintu saya! 


*ngeeeettttt........*


Maka si Dayang Puteri dengan egonya membuka pintu kediamannya yang tinggi dan cantik.
Unsongou tersenyum lebar dengan gigi di hadapanya yang hitam.


Dayang Puteri : BAH! Jadi saya sudah buka pintu, ko nampak sudah kan. Apa lagi...PULANG LAH KO!


Unsongou : Hayang Huteri.... Haya hahu hasuk hi halam....


Dayang Puteri : WoOOOOiii ! YAAAAiiii ! YUCK! ko teda otak ka bonsong?! Jijik saya oh. Lari kau!


Unsongou : Haaaah.. han haya huda hagak! hesti halam humah ho hu hidak hantik..hidak hemas han hotor.. hula ho hakut haya hasuk..


Dayang Puteri : (Sial) Ko jangan macam-macam! bah masuk bah kalau berani. Ko tengok betapa bersihnya dalam rumah saya!


Unsongou pun masuk ke dalam rumah Dayang Puteri dengan bangganya. Dayang Puteri pula sentiasa dengan keegoannya.


Unsongou : Hayang Huteri... Haya Hapar.. Hasi hasak haya hakanan yang hedap.. 


Dayang Puteri : EWAH EWAH EWAH ! sioknya kau suruh saya masak untuk ko. PULANG KO MASAK SENDIRI !


Unsongou : Hmmmm.. hagi... hupanya huteri hidak handai hasak.. hasian.. haras hupa hantik hapi hidak handai hasak.. uhuuuuuu..


Dayang Puteri : Ko ah bonsong.. ko betul-betul tidak kenal saya.. ko tengok saya masak yang paling sedap tiada tandingannya!


Maka si puteri pun masak lah makanan yang sedap yang banyak seperti sayur campur masak sos tiram, Ikan basung masak sambal, Mangga campur belacan + cili padi dan banyak lagi untuk si unsongou. Setelah si puteri selesai masak, Puteri pun menghidangkan makanan tersebut kepada si unsongou.


Unsongou : Waaaaaaahhh... Hedapnyaaaa..... Hirts hime ho haya hakan hegini hedap hayang huteri.. Hayang Huteri hari hakan hama haya.. hita homantik-homantik.


Dayang Puteri : Hui.. ko punya busuk saja pun hilang suda selera saya mau makan. Busuk kau lebih kuat daripada bau sedap masakan saya.


Unsongou : aik... !@#$%^&.. hmmm hangan-hangan Hayang Huteri hi hidak holeh hakan.. ho hakan hapa Hayang Huteri..?? Hakan Haik Hanusia hali han?? hmmm heran haya ho hada huga Huteri hang hacam hu.. (sambil angguk2 kepala dan buat-buat muka bingung)


Dayang Puteri : WOi ! ko ingat saya puteri sebusuk itu kah.. Naaaahhh ko tengok saya makan nasi...


Maka makan lah si Dayang Puteri bersama si Unsongou. Unsongou dengan bangganya duduk makan semeja dengan puteri.


Sedang makan bersama......


Unsongou : Hayang Huteri hari hawin ????????????? .......... (PART YANG DITUNGGU-TUNGGU)


MAKA DENGAN TANGKASNYA SI DAYANG PUTERI BERDIRI DARIPADA KERUSINYA LALU TERUS BERKATA DENGAN TERKEJUT DAN MARAHNYA ...


Dayang Puteri : HOOOOi HO HILA HA???!!! HIAPA HAU HI HAMPAI HERANI HAWA HAYA HAWIN?! HILAKAK! HIAL! HODOH! HALUi! HARGGGHHH! (dengan nada gimbaran memanas!)


Akhirnya, Dayang Puteri terus berkahwin dengan Unsongou. Mereka hidup bahagia. Puteri tidak lagi sombong dan ego, malahan dia suka berkawan dengan penduduk negeri.


Cuma...........


Penduduk sukar untuk berkawan dengan Dayang Puteri kerana sukar berkomunikasi dengan puteri. Akibat daripada terkejut atas lamaran Unsongou semasa menjamu selera, Dayang Puteri tercekik makanan tahap kritikal. Tulang ikan tercucuk pada anak kerongkong. Unsongou bergegas membawanya ke hospital dan Doktor terpaksa memotong anak kerongkongnya menyebabkan dia menjadi sengau seperti Unsongou.


Tidak tahu lah si puteri ni kawin sama si unsongou sebab dia terhutang budi kena bawa pergi hospital atau sebab dia sudah ada persamaan sudah dengan si unsongou.. biasalah cerita orang tua-tua ni kadang-kadang tidak lengkap / tiada penhujung.


Tapi saya rasa mungin akhirnya si Dayang Puteri sedar betapa pentingnya si Unsongou dalam hidup dia selepas dia jadi sengau macam si Unsongou.huhuhuhu


(Palis-palis...)


Sekian lah sahaja cerita saya pada hari ini, Banyak lagi cerita yang akan datang.. semuanya daripada cerita dongeng dulu-dulu yang sumbernya tidak tahu dari mana mama saya dapat. Nanti saya share lagi banyak-banyak... 


TaTaTiTiTuTu....



Monday, July 4, 2011

Angkasa lepas - Outer Space

Pernahkah anda terfikir tentang keluasan Angkasa Lepas ?

Saya selalu berfikir dan bertanya, yang sebenarnya berapakah jumlah keluasan angkasa lepas? Namun menurut fakta, Bumi kita tidak ada penghujungnya. Oleh itu, mengikut logik, angkasa lepas sudah tentu tidak ada penghujungnya. Sekiranya terdapat penghujung bagi angkasa lepas, saya tertanya-tanya 'apakah pula di sebelah angkasa lepas?'.


Haa... persoalan disini sekarang bukannya "keluasan angkasa lepas" tetapi kita tahu bahawa ruang angkasa lepas itu tidak ada penghujungnya. Oleh itu, yang menjadi persoalan ialah.... :-

"Apakah yang terdapat di ruang angkasa lepas sSELAIN DARIPADA bintang, bulan, planet-planet yang terdekat dengan bumi, dan sebagainya yang kita tahu ataupun yang makhluk bumi dapat kaji dan lihat?"

Inilah soalan yang sentiasa menjadi tanda tanya dalam fikiran saya sejak saya masih kecil lagi.. cuma saya bukan lah seorang yang pintar bijak pandai untuk manjadi seorang saintis agar dapat mengkaji ruang angkasa..

Saya cuma ingin tahu 'Ada kmungkinan kah terdapat kehidupan lain di luar sana yang mungkin tinggal beribu-ribu, berjuta-juta, berbillion-billion, bertrillion-trillion batu atau lebih jauh daripada itu dari bumi kita????' (merujuk kepada ruang angkasa yang tiada penghujung)..

Cuba kita renungkan, Logik kah sekiranya ruang angkasa tiada penghujung dan KOSONG begitu sahaja?? Bagi saya 'Tidak Logik' sebab kita sendiri dapat lihat keadaan sekeliling Alam Semesta kita yang penuh dengan kepelbagaian seperti bintang, meteor, saintis kita juga boleh melihat Black-Hole tetapi hanya daripada jarak yang jauh.


Black-hole (lubang Hitam)
Memiliki Graviti medan yang terlalu kuat dan menyerap apa sahaja termasuk cahaya. (Correct e if i'm wrong)

"Black-hole" ini sendiri pun penuh dengan tanda tanya yang saintis sendiri belum dapat megesahkan apa sebenarnya di sebalik Black-Hole ini.

Ini bermakna, sudah pasti di luar sana terdapat banyak lagi benda yang hidup ataupun tidak yang kita atau saintis kita sendiri tidak dapat temui. Sungguh bagi saya satu penyiksaan kerana tertanya-tanya tentang 'Apakah yang terdapat di luar sana?'

BUT.. NOBODY KNOWS... ~ kalau lah saya boleh terbang jauh, tanpa perlu bekalan oksigen, tanpa perlu bekalan minyak, tanpa perlu bekalan makanan dan minuman.. (angan-angan saya semasa masih kanak-kanak) hehehe..

Tambahan pula baru-baru ini saya ada menonton History Channel tentang 'Ancient Aliens' yang mana membentangkan Teori Angkasawan Purba berdasarkan teks sejarah, arkeologi dan lagenda mengandungi bukti masa lalu manusia berhubung dengan manusia ruang angkasa. Menurut apa yang saya dapat daripada television series ini, manusia pada zaman purba di bumi pernah berhubungan dengan makhluk asing dari segi pembinaan seperti Piramid dan benda-benda ajaib di dunia (yang tersenarai),  Pemerintahan (kalau tidak salah) di China, juga ada dikaikan dengan "Santi Maria" ibu kepada Jesus, dan banyak lagi. Selain daripada itu, terdapat banyak bukti lukisan di batu-batu purba yang menggambarkan rupa dan pakaian angkasawan sedangkan pada zaman purba angkasawan di dunia masih belum wujud. 

Untuk mengetahui sendiri dengan lebih lanjut, sila rajin-rajin menonton HOSTORY CHANNEL (Ancient Alien) ... ataupun baca di sini "Ancient Alien" ...kekeke.

Hmmm... after saya tengok ni teori dan bukti-bukti saintis dan sejarah yang ada, tambah lah keinginan saya untuk tahu ni meningkat.. dan tambah lah saya tertanya-tanya... but what can i do i'm not a superhero like Hal (Green Lantern) which is can fly across outer space... huhuhuhu.. ~crying...

My Breakfast today!

Kek ...Sister saya order dan beli daripada kawan RM10 untuk 1/2kg kini menjadi milik saya.. (siapa suruh dia tidak pulang rumah semalam! so saya conquer ni kek!) ~Hahahaha..


Sedap........
Ooops!... selain dari kek... ada lagi satu... 


ni dia...

Mama tanya...

Mama : Apa ni?
Me : Forrero Rocher.
Mama : Apa?! "Mongindorosi??!!"
Me : !@#$%^&*.. whatever....

Orang dusun jak yang akan faham.. hahahahaha


Sunday, July 3, 2011

Buah Salak

Salak adalah sejenis palma dengan buah yang biasa dimakan. Ia dikenal juga sebagai sala(Min.Mak.Bug.[1] dan Thai). Dalam bahasa Inggris disebut salak atau snake fruit, sementara nama ilmiahnya adalah Salacca zalacca. Buah ini disebut snake fruit karena kulitnya mirip dengan sisik ular.


Jadi yang kemarin (03.07.2011) Bapa saya ada beli Bauh Salak dan bawa pulang.. oleh kerana saya tidak sempat makan dan menikmati sepuas-puasnya di rumah, saya tapau tadi pagi dan bawa pigi office.. sampai saja office, tanpa membuang masa saya terus bersarapan dengan buah Salak.. hehehe



Saya berjaya tapau beberapa biji. Separuh saya bagi kawan office. (dua biji ja saya bagi sebenarnya ~ Lokek) hahahaha.. 


ambil satu persatu dan buka kulit (p/s : Hati-hati buka kulit dia.. It may hurt you ow..Tajammmm..)


Cantik dan menyelerakan warna dan rupa isi dia.. kulit dia jak yang ganas.. And then...


Gigit sikit.. pelan-pelan bah mau nikmati rasa dia..


Akhirnya tinggal biji lagi... Oooppsss!! JANGAN BUANG BIJI DIA! boleh kumpul untuk main macam-macam jenis 'Game Tradisional'.. Main batu 7, congkak dan banyak lagi.. Struktur biji dia keras dan tidak pandai kecut.. huahuahua..

Okay saya mau teruskan usaha saya menikmati ni buah dulu.. bye bye..




Apa macam ni ??

Saya masih tidak pandai pakai blog.. sekian lama suda buka blog tapi masih bingung lagi.. hahaha.. tidak apa lah.. saya cuba 'find out' dulu macam mana mo guna..