Wednesday, July 27, 2011

CARTOON 7 : Rambai Band Boys (Dulu-dulu)

Rindu betul dulu-dulu..
Satu masa dulu, waktu kami masih kecil, ini lah rutin harian yang bujang-bujang di kampung. Paling best, hampir setiap hari diorang datang di rumah kami untuk jamming.. Semua ini 'Band Boys' si Bapa yang masing-masing punya talent  yang tersendiri. Kalau salah satu dari diorang tidak ada, terus rasa macam kurang sesuatu dan tidak best. Yang paling best lagi diorang ini kan, semua lucu-lucu, memang logop tapi lain daripada budak-budak yang sekarang ini. Kalau sehari diorang tidak datang di rumah rasa macam tidak ceria rumah kami..
Gambar di atas menunjukan suasana harian di rumah kami sewaktu kami masih kecil-kecil. Mereka ini semua "Band boys Bapa' merangkap 'Geng logop si mama'..hahaha.. Yang dalam gambar ini pun tidak semua ada..

Diorang2 ini semua lah yang menceriakan hidup kami waktu kecil.. dan sampai sekarang, minat kami semua terus sama music, because of them. Diorang lah yang mendedahkan kami sama dunia music.

Tapi sekarang, masing-masing diorang ini ada tanggungjawab sudah. So, kurang sudah diorang jamming. tambahan lagi Band kami itu pun sudah uzur..Tapi mau tau, band itu lah yang banyak berjasa,termasuk pemain-pemain dia juga. Berkhidmat sama orang-orang kampung, keluar kampung, sampailah keluar daerah.. pernah sampai di hujung telinga Sabah lagi (rujuk peta Sabah kalau tidak tau mana telinganya,kekeke). Semua pun order diorang untuk main dalam majlis-majlis. hehehe..

Haihh... rindu betul ni suasana yang dulu-dulu. kalau mahu di cerita balik, sampai tahun depan pun tidak siap taip. Banyak suka dan duka diorang hadapi. Sampai sekarang masih ada terbawa-bawa kenangan diorang dari masa dulu. Salah satunya nama "Ongkuyuh" masih kena guna sampai sekarang. kekeke.. diorang saja yang tau apa macam itu nama boleh tercipta.. hehe..

CHUPP !!

CARTOON 6 : Me singing for mama

CARTOON 6 : Long time ago..Me singing..


Everytime i sing this song, i realize how tough my mama's life against the sorrows of life to defend us and her life..until now.. 

P/S : Mak..i Love you so much..

Sunday, July 24, 2011

CARTOON 5 : Ancient Aliens punya pasal!

           Selepas saya menonton Ancient Aliens di History Channel beberapa kali, kemudian membaca beberapa series buku tentang Ancient Aliens, maka saya pun 100% mempercayai bahawa 'Our earth was visited by Aliens at the begining of civilization and not God'.. err.. hampir percaya 100% bahawa 'Our earth was visited by Aliens at the begining of civilization and not God' (Gila ow tu sains punya teori dengan bukti-buktinya!) 

           Tapi nasib lah saya ini masih percaya dengan Tuhan dan memilih Aliens Tuhan sebagai juruselamat saya. Amen..





Baru Tau ! huhu..

CHUPP!!



 (Tapi siok juga mahu tahu tu teori2 saintis.. berdosa ka tu arr kalau ingin tahu..?? hmm...)

Friday, July 22, 2011

CARTOON 4 : Kes Momutung gata! (Menoreh getah)

Yanak-anak dan si Yongkor-ongkor ...

(Short story 1) enjoy.....





(Lukis tanpa guna 'mouse'.. dan dengan bangga dan semangatnya melukis guna 'satu jari' di laptop)

Chupp !! TaTaTiTiTuTu ..

CARTOON 3 : Our pets

Our Pets

Ini binatang-binatang yang ada kami pelihara dalam 'mini zoo' kami. Walaupun tersiksa mo jaga tapi ini yang buat rumah kami tidak pernah sunyi.. hehehe..

SELAMAT BERKENALAN


Ni dua ekor sangat-sangat kena jaga macam anak.. Mandi dengan syampu khas.. Tidur dalam pelukan.. Kalau kucing-kucing bising atau fighting, si Snoopy akan marah kucing yang bersalah dan dia ceramah dalam setengah jam atau lebih. walau di mana kucing tu lari, dia tetap kejar sambil memberi ceramah. Apa dia cakap kami pun tidak tahu.. Diorang saja yang faham. Si Puppy pula Slumber... kalau saya sedang makan, dia akan duduk diam-diam di depan saya, sambil buat muka kesian. Tapi saya tetap tiada belas kasihan. Sorry..

_________________________________________

Ini pula nama dia Salam.. Odu saya dari Tambunan (Nenek sebelah mama) ajar dia cara bersalam. cara dia ..

Odu : Salam... (sambil menghulurkan tangan)
Si Salam pun hulur lah tangan dia sama si Odu.. Maka jadi la nama dia Salam...

_________________________________________

Yang ini pula paling menyeksa... Jadi kami sekeluarga decided untuk mo jual ni kucing-kucing dengan harga Murah.. Beli satu percuma semua yang lain.. Siapa mau..Inbox me di FB..
____________________________________________

Dalam aquarium tu ada 4 ekor lagi ikan lain yang orang dusun panggil 'Ikan Rokot'.. malas saya lukis sebab memang tiap hari sombong dia mo tunjuk diri dia sama saya.

____________________________________________

Ooops .. Lupa... dan ayam sekali... Saya mahu lukis ayam tapi itu ayam kami suka ikut itu itik jalan sana-sini sampailah ayam dan itik di rumah kami tidak boleh di bezakan mana ayamnya dan mana itiknya.. Itu Ayam berlari macam itik, si itik pula berbunyi macam ayam.. So..hmmmhmm..
____________________________________________

Kesimpulannya : Kami ada 13 ekor kucing, 3 ekor anjing, 7 ekor ikan, 1 ekor kura-kura, ramai ekor itik (saya lupa berapa itik si mama tu kekeke) dan beberapa ekor ayam (pun saya tidak ingat berapa lagi ayam kami hahaha).. Siang malam pagi petang, adaaaaaaaaaaa saja bunyi bising. Tinggal mo pasang pokok-pokok lagi untuk bagi lengkap rumah kami jadi mini zoo.. hehehe..

p/s : sedang kumpul duit mo beli burung Tiung dan burung Nuri..
TaTaTiTiTuTu.... 

Thursday, July 21, 2011

CARTOON 2 : Kucing punya pasal !

Kucing punya pasal !

Kami ada 13 ekor kucing di rumah.. disebabkan satu ekor kucing saja yang bernama Cheentha!

____________________________________________________

Mama selalu bising bila nampak atau terhidu bau taik kucing.. 
________________________________________________________

Tapi apa kami buat ?? tiada yang kisah.. buat kerja masing2 macam biasa...
 ________________________________________________________

TAPI.......................

JEJENG...!!


Eh..! mana semua orang ni..?!! Ooops.. nasib saya sudah standby bersembunyi di bilik! (sudah agak punya)

Chupp!!

Tuesday, July 19, 2011

CARTOON 1 : Humor Baru kau Tau !

(lukis cartoon : style of www.gunaqz.com hehehehe..
'Baru kau tau!'



(p/s : Don't do this at home. Kalau mau cuba juga, tolong sediakan 1 ekor kerbau/kambing/ayam)